Thursday, June 12

element

air api angin tanah
biar aku teka yang mana satu kamu

air
oh tidak
kerana kamu tiada pasang surutnya

api
oh bukan 
kerana kamu tidak mengapikan kita

angin
lagi bukan 
kerana kamu tiada timur baratnya

kamu hanyalah tanah
yang hina dan sentiasa di bawah
yang khilaf tapi cukup sempurna
sempurna buat aku yang juga asalnya hanyalah tanah

No comments:

Post a Comment