Friday, September 12

aiskrim dan roti

And baby~ its amazing i'm in this maze with you~ i just can crack your code~ bukan main lagi nad menyanyikan bait bait lagu justin timberlake itu sambil tangannya tak berhenti mencuci bekas bekas menyimpan topping untuk aiskrim. peluh yang mengalir di dahi dikesat nad, kadang kadang dia terlupa yand dia guna kain kotor buat lap peluh dia tu.

tengah syok syok dia mencuci tu datang customer. 2 orang jejaka semuanya. nad pun seperti biasa melayan customer dengan sebaiknya "hi, aiskrim aiskrim! Nak perisa apa?" sapa nad. " hi kasi saya satu skop aiskrim vanila chocolate with gummy bears on top satu" pinta lelaki baju biru sambil membelek menu " nak try tambah wafel tak?" nad menambah "oh takpelah, just put them in cup" nad pun menekan-nekan screen komputer mencatat pesanan lelaki itu. Baru sahaja dia nak bertanya, lelaki berbaju hitam dengan cepat memotong “hi, bagi saya hmm bagi saya nombor telefon awk boleh?” mata nad membuntang. Dia yang tadinya memandang screen komputer terus memandang lelaki itu. Muka lelaki tu serius. Dia pandang pulak abg baju biru td, muka merah padam seakan menahan ketawa. Nad dah jadi serba berbaur.

“aduhh, mintak nombor pulak. Mana huwaishi ni” bebel nad dalam hati. Huwaishi tu pekerja japan yang kerja kt situ sekali. Kata td pergi tandas, tengok setengah jam memerut. “boleh ke tk?” lelaki baju hitam itu kembali bertanya setelah nad mendiamkan diri. “err, ni nak beli aiskrim ke tk ni?” nad memberanikan diri. Hidup kene gagah, heh. “kalau saya beli, boleh saya dpt nombor awk sekali?” soal lelaki baju hitam itu. “aduh cmne ni, nak kasi ke tk? Kasi nombor mak ah. Alaa mak kt kedah pulak, cmne ni?” nad rasa tertekan dan “okay whatever, nak aiskrim flavor apa?” dia pun tak pasti apa yang dipanculkan mulutnya yang satu tu. “Betul ni? Kasi saya raspberry mix dgn cheesecake.” “Nak wafel? Topping?” nad dah menahan merah muka. “tak tak. Just don’t forget your number as topping” dia menambah. Setelah selesai membayar, nad mencatat nombor nya di resit dan diserahkan kepada lelaki itu. Dia tak pandang langsung muka lelaki itu. “thanks tau, I will whatsapp you!” nad buat seolah tidak mendengarnya “terima kasih sila datang lagi ke aiskrim aiskrim!” dengan nada mesra yang dibuat buat. 

Nad menyambung kerja mencuci nya yang tergendala tadi. Tiba-tiba phone dalam kocek apronnya berbunyi.

“hai assalammualaikum. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama lama mencuri. Thank you. Salam perkenalan :)" 

nad cepat cepat simpan semula phonenya. Dia tersenyum sendiri. 

No comments:

Post a Comment