muzafar, 28, shah alam selangor.
selama dia tahu, hidup dia tak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. selepas kematian arwah ayahnya pada umurnya meningkat 12, muzafar memegang tanggungjawab the only man left in the family. orang kata kubur masih merah. 6 bulan selepas itu, ibunya pula meninggalkan dia, breast cancer. sejak itu, tinggallah muzafar bersama Seri, adik perempuannya yang berumur 11 tahun di rumah ibu saudara mereka di shah alam.
muzafar seorang budak yang mendengar kata, biarpun sedikit pendiam. tiada masalah pada awal kehidupannya di bandar. sehingga waktu dia harus memulakan zaman remajanya tanpa kehadiran ibu dan ayah. muzafar menjadi layang layang putus tali. siangnya dipenuhi dengan lepak di cyber cafe. malam dipenuhkan pula dengan berpelesiran di mall. biarpun begitu, keputusan PMR muzafar masih memberansangkan. orang kata a gift from a God. -he is intelligent.
6A 1B 1D
pendek kata, ibu saudara nya atau lebih mesra dipanggil Mokcik secara diam, mendaftarkan muzafar di sekolah berasrama. waktu diberitahu, muzafar tidak cepat melatah. dia diam. selama seminggu muzafar memikirkan cara untuk menolak. malam tu jumaat, muzafar tidur dibilik bujangnya. sedang asyik lena, datang bayangan arwah ibu dan ayahnya dengan lambaian. 'pergilah muzafar. kibarkan sayapmu itu. pergilah nak' - berulang kali sehingga hilang di pandangan. dia terjaga. peluh dingin disapu lengannya. dia tekad. dia ingin meninggalkan rumah itu. dia ingin meluaskan langkahnya. dia ingin lari!
No comments:
Post a Comment