jam di dinding menunjukkan pukul 4.50 pagi. Muzafar harus pantas. bila bila masa lagi azan subuh akan berkumandang. waktu tu pasti Ayohcik bangun untuk ke surau. maklumlah bapa saudaranya itu seorang muazzin. Muzafar tekad. dia harus lari. jauh daripada sini. berbekalkan duit poket sekolah harian yang disimpannya, baju sehelai dua, dia yang berkaki ayam, terhinjit hinjit keluar bagi mengelakkan bunyi derapan kaki dikesan penghuni rumah itu. sliding door dibuka perlahan. berdesing. perlahan tetapi halus. selesai halangan pertama. halangan kedua yang menanti lebih mencabar. 'zrettt zrettt' bunyi pintu grill yang berkarat sedikit sebanyak meresahkan Muzafar. dia menoleh, melihat sekitar rumah. tenang. hanya kedengaran bunyi nafasnya, yang barangkali bagi Muzafar cukup kuat untuk membangunkan even sekecil cicak yang lena tidur. Muzafar menarik nafas sedalamnya dan menutup sliding door itu kembali. dia segera memakai sandal Asadi, 8, berwarna biru pemberian Seri. tiba tiba dia teringatkan adik perempuannya yang seorang itu. Seri gadis ceria dan lincah. pelajar aktif di sekolah. mewakili daerah untuk permainan Hoki, memegang jawatan tinggi di sekolah dan debater yang hebat. pokoknya, adiknya itu cemerlang sekali. akhirnya, Seri mendaftarkan dirinya ke salah sebuah Madrasah selepas result UPSR nya 5A, serta keputusan ujian PSRA sekolah ugama nya mendapat Mumtaz. gred paling tinggi. bagi Muzafar, itulah keputusan paling koman. bila dihitung, kini sudah masuk 2 tahun Seri dan dia tidak berjumpa. Muzafar tersedar daripada lamunan. dia masih di perkarangan rumahnya. tanpa membuang masa, digagahkan kakinya pergi, terus melangkah tanpa menoleh sedikitpun ke belakang. perlahan lahan air mata Muzafar berjuraian di pipi. dia tekad! dia harus pergi!
No comments:
Post a Comment