Tuesday, June 14

Alif Iman

21 April 2016, 1:10 p.m

lunch hour ni Alif dan Iman berjanji untuk bertemu di kafe kegemaran mereka untuk makan bersama. Alif seperti biasa memesan Nasi Ulam bersama Teh O Ais. tekaknya yang sudah kehausan, terus menyambar air di depan mata. Iman yang kononnya on healthy diet hanya memesan kentang goreng dan air kosong. mereka berbual kosong tentang kerja masing masing. sedang asyik berbual, tiba tiba datang seorang perempuan menegur Alif.

'weh, AJ!' mesra menyapa sambil bahunya disentuh. 'weh, Ella! hang buat apa sini?' Iman hanya menyaksikan sesi jejak kasih di depan matanya itu. matanya masih lagi tertumpu pada tangan Ella di bahu Alif. dia kemudiannya berdehem kecil. Alif perasan renungan tajam Iman. dia seslow menolak tangan Ella. 'Ella, ni kenai kan. Iman, girlpreng aku' Ella menghulurkan tangan untuk berjabat. Iman menyambutnya dengan senyum yang dibuat buat -menjengkelkan.

'wah wah AJ, lepaih ja putus dengan Fara haritu makin lawa hang dapat. untung mak hang' 'ish kisah lama la' 'macamana mak hang sihat?' blablabla. telinga dan otak Iman tidak dapat menangkap butir butir ayat yang disembangkan lagi. kepalanya ligat mengingati nama itu, Fara. dia termenung sehinggalah 'okay lah, aku gerak dulu. nice to meet you Iman. jaga Alif elok elok tau' Iman hanya melontarkan senyuman tawar sambil anak matanya mengekori gerak langkah perempuan itu sehingga hilang di pandangan -meluat

Alif kenal benar dengan riak muka kekasih hatinya yang satu itu. muka cemburu. baru sahaja tangan Iman hendak disentuhnya, Iman tiba tiba bersuara. 'so, who is Fara?' perlahan suaranya tetapi keras. Alif baru sahaja ingin menjawab, Iman bersuara lagi. 'so, she is your ex-girlfriend. i see ' Alif mengerutkan dahi nya. 'iman, yes. she is my ex-girlfriend. Ella tu adik sedara dia.' Alif jawab dengan tenang. 'oh, mesranya i tengok you dengan Ella tu. siap pegang pegang bahu you lagi' Alif tersenyum.'itulah, i pun dah rasa lain mcm dia sentuh i. berdebor la juga hati i. dup dap dup dap' Alif mengusik Iman. dia terhibur benar dengan telatah Iman. 'oh sukalah you. patutlah buat derk je tadi' Iman rasa hatinya menggelegak dan mendidih. Alif sedar Iman cemburu. 'habistu you nak i buat apa? pegang balik bahu dia? mcmtu?' dia belum puas melihat Iman mencuka. geli hatinya melihat merah padam muka Iman menahan marah. dicuitnya dagu Iman 'you, dia mungkin boleh sentuh bahu i. tapi you, you dah sentuh hati i' Alif pun tak tahu mana datang ayat tu. tapi rasanya cukup untuk meredakan Iman. Iman menjelirkan lidahnya membuat mimik muka 'bluek, geli. nak muntah dengar. jom balik' Alif ketawa terhibur.

2:03 p.m.

hanya bermodalkan pen marker berwarna keemasan, Alif kemudiannya menyelitkan nota kecil itu di tapak tangan Iman sebelum Iman masuk ke office. harapannya semoga sejuk sedikit hati gadis itu. Iman Suraya, kekasih hatinya. datanglah ramai mana pun gadis melayu, hatinya dah kuntum mekar pada yang satu tu juga.

'dalam beribu bintang, you yang paling terang' - A.J

Iman geleng kepala dan tersenyum sendiri. dia terus menghantar pesanan melalui Whatsapp.

'i love you'

No comments:

Post a Comment