Saturday, June 11

Nadini, jilid (1)

Nadini, 17, Taiping

selepas tamat SPM, nadini buat part time kerja kat KK mart, tukang kira stok. daripada pukul 9 pagi sehinggalah 9 malam. mengira saja. haritu ada juga dia nasihatkan boss dia suruh tukar sistem kira stok ni kepada berkala. takdalah buang masa sangat. tenaga dan masa pun banyak boleh simpan untuk perkara lain. boss nadini, Encik Kamal kata sekarang banyak budak liar suka datang curi barang senyap senyap. itu yang kene buat spotcheck inventori hari hari. 'sorry la nadini. you kene kerja lebih sikit sebulan ni. penat sikit la. tapi nanti lepas itu CCTV siap pasang, you boleh relaks sikit' nadini mengangguk aje. siapa lah dia untuk mengatakan tidak. nadini membetulkan rambutnya yang ditocang kemas. subang di telinga kirinya disentuh. dia memainkan jari telunjuknya di cuping itu. habit daripada kecil. malamtu, boss nadini kasi balik awal, sebab esok nak Deepavali. dia pun hampir lupa perayaan tradisi kaumnya yang satu itu. segera dia berkayuh pulang ke rumah. sampai je di perkarangan rumahnya, nadini terus menyandarkan basikalnya yang tanpa tongkat itu di dinding, seperti kebiasaan selalu. dia membuka kasut dan meletakkannya di rak. masuk sahaja di ruang tamu, dia lihat ayah, ibu, abang serta kakaknya sedang ralit menonton berita di tv2. dia memberi kata selamat. tiada yang menyahut. mereka semua duduk di sofa membelakangi nadini. 'esok deepavali kan appa?' senyap. 'amma esok kita buat muruku tak?' masih sunyi. hanya kedengaran bunyi yang datang dari televisyen. tiba tiba, lampu terpadam. nadini menjerit kecil. dia menggigit bibirnya sendiri tanpa dia sedar. nadini takut!

No comments:

Post a Comment