Saturday, June 11

ryu

petang tu hujan. aku berlari terus menuju ke dalam bangunan untuk berteduh selepas selesai park motor Lagenda milik abah. aku kibas kibas sikit baju yang sedikit basah terkena tempias hujan tadi. 'brrrrrr' menggigil satu badan. gigi pula terketar ketar tanpa henti bila badan semulajadinya bertindak terhadap kesejukan. lantas aku menekan button lif menuju ke atas. aku berpeluk tubuh seketika, cuba untuk menghangatkan suhu badan. kelam je suasana waktu tu. elok je pintu lif terbuka, aku dengar sayup sayup suara kucing mengiau. aku tinjau ke koridor, tiada. aku memberanikan diri meninjau di bawah tangga. disitulah aku terjumpa seekor anak kucing putih di celahan kotak kotak. dia kebasahan. terus aku ambil kucing putih itu dan menyembunyikannya di dalam baju. 'kesian kau, meh aku bawa kau pulang' - dan aku nama kan dia Ryu.

No comments:

Post a Comment